ARSENAL 2-0 NAPOLI
Pengurus pasukan Arsenal, Unai Emery berpendapat peluang masih terbuka bagi kedua-dua pasukan, walaupun The Gunners menang 2-0 ke atas Napoli dalam suku akhir Liga Europa pada awal pagi Jumaat.
Bagi Emery, kemenangan perlawanan pertama amat penting di halaman sendiri, namun mengakui pasukannya berdepan cabaran sebenar di tempat lawan.
“Masih lagi 50-50. Cabaran sebenar di tempat lawan. Kadang-kadang semangat beraksi di halaman sendiri tidak dibawa ke tempat lawan,” kata Emery.
Arsenal melakar kemenangan selepas Aaron Ramsey menyudahkan hantaran Ainsley Maitland-Niles pada minit ke-14, sebelum remebatan Lucas Torreira terkena pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly pada minit ke-25.
Napoli yang berada di tangga kedua Serie A Itali, akan menerima kunjungan Arsenal minggu depan di Stadium San Paolo, Khamis depan.
SLAVIA PRAGUE 0-1 CHELSEA
Dalam satu lagi perlawanan melibatkan kelab Inggeris, Chelsea melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Slavia Prague di tempat lawan.
Marcos Alonso menjaringkan gol empat minit sebelum permainan tamat selepas menanduk masuk hantaran Willian.
Pengurus pasukan Chelsea, Maurizio Sarri membuat tujuh pertukaran kepada pasukan yang menentang West Ham pada Isnin, menyaksikan pasukan bergelut untuk mendapatkan gol.
Chelsea mempunyai banyak peluang termasuk rembatan Willian yang terkena palang pada babak pertama, dan voli Antonio Rudiger yang di selamatkan penjaga gol Prague.
Ian Johan Ariff
Fri Apr 12 2019
Unai Emery berpendapat peluang masih terbuka bagi kedua-dua pasukan, walaupun The Gunners menang 2-0 ke atas Napoli dalam suku akhir Liga Europa pada awal pagi Jumaat. -Gambar fail
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Bintang B-20 England taruhan Burnley
Media Britain melaporkan, Burnley akan membayar Villa sebanyak 14 juta pound untuk pemain bawah 20 tahun itu.
Bekas bintang Arsenal kembali sertai Cardiff City
Pemain tengah berusia 32 tahun yang tiba di Nice Ogos lalu secara percuma, telah membuat 34 penampilan dan menjaringkan satu gol.
Ronaldo mungkin direhatkan pada hari keraian Juventus
Pemain berusia 35 tahun itu telah merekodkan 31 gol dalam saingan liga ketika membantu Juve memperoleh gelaran berkenaan.
Masih 50-50, cabaran sebenar di tempat lawan - Unai Emery
Arsenal mengatasi Napoli 2-0 dalam suku akhir Liga Europa, Chelsea pula menewaskan Slavia Prague 1-0.
Arsenal pintas Manchester United & Tottenham
Arsenal tewaskan Newcastle 2-0 untuk melonjak ke tangga ketiga EPL.
Kenapa Unai Emery jadi pilihan Arsenal?
Unai Emery sudah sedia dengan perancangan untuk membaiki prestasi pemain Arsenal yang sedia ada.
Arsenal perlu menangi baki perlawanan EPL
Kekalahan 3-0 kepada Manchester City menyaksikan Gunners tewas tiga kali dalam empat perlawanan liga, menyaksikan mereka ketinggalan 10 mata di belakang penghuni tangga keempat, Tottenham.
Wenger punca Ramsey alami kecederaan - Coleman
Coleman membidas pengendali Arsenal itu susulan Ramsey terpaksa diketepikan dari beraksi di Kelayakan Piala Dunia bulan depan selepas mengalami kecederaan harmstring.
Euro 2016: Ramsey kecewa terlepas aksi separuh akhir
Ramsey dilayangkan kad kuning kedua di Euro selepas bola terkena tangannya ketika menentang Belgium sewakti aksi suku akhir.